Dewasa ini, pembelian secara online menjadi semakin
popular dikalangan pengguna yang mana dikatakan lebih mudah, menjimatkan masa,
tidak perlu beratur panjang, tidak perlu bersesak dan sebagainya. Peniaga juga
mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan barang mereka melalui media sosial
dan laman-laman penjualan online (online shopping).
Pengguna kebiasaannya tertarik kepada barangan melalui
online ini dengan melihat sampel-sampel gambar yang dipaparkan oleh peniaga dan
kebanyakkan pengguna tidak mengetahui kualiti barangan tersebut. Inilah yang
menjadi permasalahan kepada pengguna. Pembelian secara online ini boleh
dikatakan urusan jual beli dialam maya yang mana pengguna dan peniaga tidak berhadapan
antara satu sama lain dan pengguna tidak akan dapat melihat barangan itu serta
memeriksa kualiti barangan itu.
Apa pun dinasihatkan kepada pengguna supaya berhati-hati
untuk membuat pembelian secara online. Berikut disertakan beberapa langkah
berhati-hati untuk membeli secara online.
1.
Pastikan peniaga tersebut
mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM).
2.
Pastikan laman web penjual
mempunyai populariti yang baik.
3.
Sekiranya hendak membuat
pembelian melalui media sosial pastikan reputasi peniaga tersebut baik dengan
memeriksa komen-komen yang boleh juga dilihat melalui google.
4.
Pastikan peniaga tersebut
mempunyai nombor telefon dan alamat yang betul.
5.
Pastikan transaksi wang
dibuat kepada syarikat berdaftar bukannya akaun individu.
6.
Sekiranya perlu membuat
pembayaran melalui akaun individu, pastikan akaun tersebut sah dengan
mengetahui penama akaun, no kad pengenalan, no telefon dan alamat pemegang
akaun.
7.
Sekiranya barang tersebut
tidak sampai dalam masa yang ditetapkan atau kualiti barang tidak memuaskan,
sila hubungi KPDNKK untuk laporan.