Dewasa ini bagi pemilik rumah sendiri keinginan pengguna
untuk mengubahsuai rumah mereka mengikut keperluan isi rumah adalah tinggi.
Namun bukan mudah untuk mencari kontraktor yang baik dan boleh dipercayai. Sebagai
pengguna kita perlu berhati-hati untuk memilih kontraktor. Ada diantara
pengguna yang mengambil jalan mudah untuk memilih kontraktor mereka diatas faktor
harga yang murah tanpa menghiraukan kualiti dan keselamatan pengubahsuaian
rumah mereka.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga pengguna
dinasihatkan
i) Melantik
Kontraktor pengubahsuaian yang mempunyai syarikat, nama syarikat, alamat
syarikat serta lesen daripada CIDB
ii) Semak rekod prestasi kontraktor tersebut
iii) Membuat perjanjian yang sah diantara pemilik rumah
dan kontraktor.
iv) Mempunyai resit yang sah selepas membuat pembayaran.
Ini akan mengelakkan daripada pengguna diperdaya oleh
kontraktor. Dari segi harga, pengguna mempunyai hak untuk memilih kontraktor
yang murah dan berkualiti. Pilihlah secara bijak.
Semoga bermanfaat
Mohamad Yusrizal bin Yusoff
Setiausaha
Persatuan Pengguna Kedah
Persatuan Pengguna Kedah
No comments:
Post a Comment